Uber merupakan salah satu syarikat yang popular dengan perkhidmatan seru-pandu – memudahkan pengguna mendapatkan pengangkutan ke destinasi. Pada tahun lepas, mereka turut telah mengambil-alih perkhidmatan perkongsian basikal popular di Amerika Syarikat iaitu JUMP.
Kini, bergerak kehadapan, Uber dilihat turut ingin mengintegrasikan teknologi swapandu mereka ke basikal dan juga skuter elektronik.
Buat masa ini, info penuh mengenainya masih samar-samar. Mengikut laporan awal, ia dikatakan kelak dengan mengintegrasikan teknologi tersebut, basikal dan skuter boleh swapandu terus ke lokasi untuk mengecasnya, selain turut boleh membantu pengguna untuk ke sesuatu lokasi.
Berbeza dengan kenderaan biasa, integrasi teknologi swapandu pada basikal dan skuter adalah sedikit mencabar kerana memerlukan ia untuk mengimbas dengan baik pada dua roda. Apa pun, ia bukan sesuatu yang mustahil memandangkan beberapa demo telah diperlihatkan sebelum ini.
Mungkin kita akan mendengar lanjut mengenai pembangunan teknologi ini oleh Uber dalam masa terdekat ini.