Carian
Telegram Groups Kini Menyokong Sehingga 200,000 Ahli
January 22, 2019 Aman

Telegram hari ini telah mengemaskini ciri Groups pada perkhidmatan permesejan berkenaan, dimana beberapa perkara dan penambah-baikkan baru diperkenalkan.

Perkara pertama yang diperkenalkan adalah penambahan sokongan ahli kumpulan pada Telegram Groups – dimana ia kini dipertingkatkan daripada 100,000 ahli kepada 200,000 ahli.

Selain daripada itu, kini pentadbir boleh mengawal dan mengehadkan jenis perkongsian pada sesuatu Telegram Groups. Sebagai contoh, pentadbir kini boleh menghalang perkongsian GIF atau Sticker pada Telegram Groups mereka – sekaligus menjadikan perbincangan dalam ruangan sembang berkenaan lebih kemas lagi.

Untuk pengguna umum pula, kini Telegram turut menyertakan sokongan undo sekiranya anda terpadam teks dalam tetingkap sembang anda. Sekiranya anda terpadam sesuatu tetingkap chat atau log didalamnya, anda diberikan masa sehingga 5 saat untuk mengembalikannya semula sebelum ia terpadam sepenuhnya. Ini mungkin sangat berguna bagi anda yang terpadam secara tidak sengaja dan ingin mengembalikan balik sesuatu tetingkap sembang.

Beberapa ciri baru yang lain turut disertakan – termasuk kebolehan menyusun buku alamat mengikut nama atau masa terakhir mereka aktif, selain sedikit kemaskini pada antaramuka aplikasi Telegram di Android.

Bagi anda yang menggunakan aplikasi permesejan ini, boleh mengemaskininya secara automatik hari ini, dan menikmati ciri-ciri baru yang disertakan ini.

Komen