Vivo Y89 Dilancarkan Dengan Cip Snapdragon 626

Vivo Y89 Dilancarkan Dengan Cip Snapdragon 626

Diterbitkan pada Jan 22, 2019 oleh .

Peranti mercu konsep Vivo Apex 2019 akan dilancarkan pada hari Khamis ini. Tetapi sebelum ini sebuah lagi peranti kelas pertengahan, Vivo Y89 sempat dilancarkan oleh syarikat ini. Ia adalah sebuah telefon yang dilengkapi skrin sebesar 6.26″ IPS LCD FHD+, dijana cip Snapdragon 626, memori sebesar 4GB dan storan sebesar 64GB.

Bagi yang memerlukan storan tambahan, kad mikro SD sehingga 256GB disokong. Y89 masih mempunyai rekaan bertakuk kecil pada bahagian hadapan untuk mara swafoto 16MP manakala kamera utama pula adalah kombinasi 16+2 MP. Turut disertakan ialah pengimbas cap jari pada panel belakang. Bateri yang digunakan sebesar 3260 mAh. Mengecewakan sedikit ialah Y89 masih menggunakan sistem operasi Android 8.1 Oreo. Di China peranti ini dijual pada harga $266 (~RM 1098).


TIPS & ULASAN