Apabila menggunakan enjin carian, adalah normal untuk melihat imej kenit (thumbnail) yang disertakan bersama berita yang ingin dibaca. Ini memudahkan pengguna memilih pautan mana yang lebih relevan dengan maklumat yang ingin dicari. Tetapi di Eropah penggunaan imej kenit ini pada keputusan enjin carian mungkin akan pupus selepas akta baru hakcipta Kesatuan Eropah (EU) berkuatkuasa yang akan berkuatkuasa tahun ini.
Bagi menunjukkan kesan akta hakcipta terbaru ini ini kepada pengguna, Google mula menguji paparan keputusan carian tanpa imej kerdil. Hasilnya ialah laman keputusan kelihatan aneh dan seakan tidak dimuat turun sepenuhnya. Selain membuatkan keputusan carian kelihatan aneh, ia turut akan mengharamkan penghasilan meme di Eropah.
Artikel 11 akta hakcipta EU akan memerlukan enjin carian seperti Google dan Bing untuk membayar pemegang hakcipta gambar terlebih dahulu sebelum digunakan sebagai imej kenit. Artikel 13 pula memerlukan enjin carian proaktif memantau gambar yang melanggar hakcipta dari dimuat naik. Undang-undang di Eropah ini berbeza dengan di Amerika Syarikat yang membenarkan penggunaan imej kenit yang jatuh di bawah kategori fair use.