Touch ‘n Go sedia menawarkan dompet digital mereka untuk digunakan bagi bayaran secara nirtunai disejumlah lokasi seluruh negara. Terkini, memperluaskannya lagi, pihak TNG Digital turut mengumumkan kerjasama untuk menggunakan dompet digital mereka untuk memberikan sumbangan dan derma di masjid.
Buat masa ini, kerjasama dan perlaksanaannya hanya diumumkan di Masjid Ar-Rahah di Kampung Kerinchi. Melaluinya, seperti biasa, pengguna boleh mengimbas kod QR yang dipaparkan, dan seterusnya memilih amaun yang ingin disumbangkan atau didermakan.
Langkah ini sekaligus selari dengan perkembangan zaman dan juga trend masyarakat nirtunai hari ini.
Pengenalan kaedah derma dan sumbangan baru ini turut dijangka akan diperluaskan ke masjid-masjid lain sekitar Kuala Lumpur dan negeri lain secara berperingkat selepas ini. Bagi pihak pengurusan masjid, anda boleh menghubungi pihak TNG Digital sekiranya ingin mengimplementasi dan menggunakan dompet digital mereka dalam menerima sumbangan daripada para pengguna.