Realme Bakal Melancarkan App Store Sendiri Dan Sokongan Multi-Wajah Pada Sistem Nyahkunci Peranti

Realme Bakal Melancarkan App Store Sendiri Dan Sokongan Multi-Wajah Pada Sistem Nyahkunci Peranti

Diterbitkan pada Jan 22, 2019 oleh .

Realme mula menjual peranti mereka di Malaysia pada penghujung 2018. Sub-jenama kepada Oppo ini lebih mampu milik tetapi mengekalkan penggunaan sistem operasi ColorOS. Di laman komuniti Realme, pihak moderator telah menjawab beberapa soalan yang diberikan oleh pengguna. Antara yang didedahkan ialah pihak mereka akan melancarkan app store mereka sendiri di masa hadapan.

Ini adalah mengikut langkah pengeluar lain seperti Samsung, Huawei dan Oppo sendiri yang mempunyai app store mereka sendiri dengan pelbagai penawaran aplikasi pada harga menarik. Pada waktu yang sama Realme juga sedang melihat untuk memberikan sokongan multi-wajah pada sistem nyahkunci peranti.

Turut dijawab ialah mereka tiada perancangan untuk membangunkan pembantu maya mereka sendiri, sedang memikirkan untuk menghasilkan powerbank berjenama Realme dan tiada sokongan App Clone pada Realme C1 kerana saiz RAM yang kecil. Untuk pelbagai lagi jawapan mengenai RealMe anda boleh membacanya menerusi pautan di bawah.


TIPS & ULASAN