Spotify Menguji Fungsi Yang Membenarkan Pengguna Menghalang Lagu Dari Artis Tertentu

Spotify Menguji Fungsi Yang Membenarkan Pengguna Menghalang Lagu Dari Artis Tertentu

Diterbitkan pada Jan 22, 2019 oleh .

Setiap insan mempunyai citarasa muzik yang berbeza. Ketika zaman radio, anda tidak mempunyai pilihan selain mematikan audio jika muzik yang dari artis yang dibenci berkumandang. Dengan perkhidmatan penstriman muzik yang semakin popular, pengguna diberikan pilihan mengawal lagu yang dimainkan. Tetapi kadangkala lagu yang dibenci tetapi dimainkan terutamanya apabila memainkan senarai Radio.

Spotify kini sedang menguji sistem baharu pada aplikasi iOS yang membenarkan pengguna menghalang lagu dari artis tertentu. Ini dilakukan dengan menekan butang menu pada laman lagu atau laman artis. Pilihan“Don’t play this artist” akan dapat dilihat dan lagu dari artis tersebut tidak akan lagi dimainkan walaupun jika lagu ditekan di dalam aplikasi. Sungguhpun begitu, artis yang dihalang masih akan muncul dalam carian cuma lagu tidak akan dimainkan selain pengguna sendiri tidak membatalkan halangan dengan menekan butang “Remove”.

Sebelum ini Spotify pernah mengeluarkan kenyataan fungsi ini tidak akan diberikan tetapi mungkin terpaksa mengaktifkannya selepas menerima tekanan dari pengguna sejak akhir-akhir ini. Artis seperti R Kelly misalnya kini mula diboikot kerana muncul bukti beliau melakukan jenayah seksual ke atas gadis bawah umur. Jika Spotify enggan membuang katalog lagi beliau, fungsi membenarkan artis dihalang secara manual ialah jalan penyelesaian yang maakul.


TIPS & ULASAN