Carian
ASUS ROG STRIX SCAR II Dan Hero II Dengan Kad Grafik NVIDIA RTX Akan Tiba Pada 29 Januari – Bermula Dari RM7499
January 22, 2019 Nazrin

Di acara CES 2019  baru-baru ini di Las Vegas, NVIDIA telah mengumumkan bahawa komputer-komputer riba gaming dengan kad grafik NVIDIA RTX akan mula hadir di pasaran tidak lama lagi, dan nampaknya ASUS Malaysia telah mula mengumumkan bahawa mereka akan membawa masuk empat buah laptop dengan kad-kad grafik tersebut.

Model-model tersebut adalah ASUS ROG STRIX SCAR II GL504G, ASUS ROG STRIX SCAR II GL704G dan juga ASUS ROG STRIX HERO II GL504G.

Bermula dengan model ASUS ROG STRIX HERO II GL504G, ia dilengkapi dengan CPU Intel Core i7-8750H, memori DDR4 sebanyak 8GB dan juga SSD PCIe sebesar 512GB. Ia juga dilengkapi dengan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 2060 6GB, dan menggunakan model desktop dan bukan rekaan Max-Q.

ASUS ROG STRIX SCAR II GL504G pula hadir dengan CPU Intel Core i7-8750H, memori DDR4 sebanyak 16GB, storan SSD PCIe sebanyak 512GB dan pilihan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 2060 6GB ataupun NVIDIA GeForce RTX 2070 8GB versi desktop juga.

Ketiga-tiga model SCAR II dan HERO II GL504 ini dilengkapi dengan paparan skrin hampir nirbingkai bersaiz 15 inci dengan resolusi Full HD dan kadar segar semula 144Hz.

ASUS ROG STRIX SCAR II GL704G hadir dengan spesifikasi yang sama berbanding dengan SCAR II GL504G versi NVIDIA RTX 2070, tetapi mempunyai paparan hampir nirbingkai bersaiz 17 inci dengan resolusi Full HD dan kadar segar semula 144Hz.

Menurut ASUS Malaysia, kesemua komputer-komputer riba gaming ini akan mula dijual di kedai-kedai komputer di seluruh Malaysia bermula pada 29 Januari kelak pada harga-harga berikut:

  • ASUS ROG STRIX HERO II GL504G (NVIDIA RTX 2060) – RM7499
  • ASUS ROG STRIX SCAR II GL504G (NVIDIA RTX 2060) – RM6999
  • ASUS ROG STRIX SCAR II GL504G (NVIDIA RTX 2070) – RM8999
  • ASUS ROG STRIX SCAR II GL704G (NVIDIA RTX 2070) – RM9299
Komen