DxOMark Mula Sertakan Skor Tanda Aras Kamera Swafoto – Pixel 3 Di Tangga Pertama

DxOMark Mula Sertakan Skor Tanda Aras Kamera Swafoto – Pixel 3 Di Tangga Pertama

Diterbitkan pada Jan 22, 2019 oleh .

DxOMark adalah syarikat yang melakukan ujian tanda aras buat kamera-kamera, lensa dan juga kamera telefon pintar. Dengan skor DxOMark inilah ramai pengguna berdebat untuk mempertahankan peranti yang mereka gunakan. Tetapi, sehingga hari ini – tiada pengeluar yang boleh menandingi Huawei. Ini kerana, Huawei Mate 20 Pro kekal berada di tangga pertama.

Terkini, DxOMark mengumumkan yang mereka hadir dengan protokol ujian untuk kamera swafoto. Dengan ujian tanda aras kamera swafoto, pengguna yang gemar berswafoto lebih mudah untuk memilih telefon pintar mana yang mempunyai kualiti swafoto terbaik. Menurut DxOMark, sebanyak 7 mod gambar yang diuji antaranya adalah bersendirian, berkumpulan, di dalam (indoor), di luar (outdoor), alam, dalam makmal dan swafoto menggunakan monopod (jarak 30cm, 55cm, 120cm).

DxOMark mengatakan sebanyak 1500 gambar swafoto telah diambil dan 2 jam video telah dirakam dengan kamera hadapan, penilaian secara saintifik dilakukan, pengukuran secara objektif dan penilaian persepsi telah dilakukan bagi menjayakan ujian tanda aras ini. Nilai-nilai lain yang turut diambil kira adalah kualiti bokeh dan kualiti HDR.

Dalam ujian yang telah mereka lakukan ini, Google Pixel 3 memegang takhta juara dengan skor 92, tempat kedua dipegang oleh Galaxy Note 9 juga 92, tempat ketiga dipegang oleh Xiaomi Mi MIX 3 dengan skor 84 dan iPhone XS Max berada di tempat keempat dengan skor hanya 82.

Apakah pendapat anda dengan skor tanda aras kamera swafoto DxOMark ini? Baguskan akhirnya ada penilaian buat kamera swafoto. Bagaimana dengan keputusan DxOMark ini, adakah anda berpuas hati?


TIPS & ULASAN