SwiftKey Beta Akan Bertukar Ke Mod Incognito Secara Automatik Apabila Tab Incognito Dibuka

SwiftKey Beta Akan Bertukar Ke Mod Incognito Secara Automatik Apabila Tab Incognito Dibuka

Diterbitkan pada Jan 22, 2019 oleh .

SwiftKey adalah salah satu papan kekunci yang terbaik untuk Android. Ia mempunyai banyak ciri dan fungsi serta banyak pilihan untuk mengubahsuai. SwiftKey terdapat dua versi yang sesiapa sahaja boleh cuba dan ia adalah percuma, ia adalah SwiftKey dan SwiftKey Beta.

SwiftKey Beta mempunyai lebih banyak ciri dan fungsi tambahan, berbanding dengan SwiftKey biasa. SwiftKey Beta terkini, mampu bertukar ke mod Incognito secara automatik sebaik sahaja tab Incognito dibuka dalam sesuatu pelayar web. Sebelum ini, ia tidak bertukar secara automatik dan segala perkataan anda taip, akan direkodkan dan disimpan dalam kamus SwiftKey. Melalui mod Incognito, bukan sahaja melayari web lebih selamat – tetapi apa sahaja huruf, perkataan yang ditaip tidak akan direkodkan dan tiada data disimpan.

Jadi, bagi sesiapa yang banyak rahsia seperti membuat carian rahsia, log masuk ke laman web yang menjejak data, cubaan ‘bunuh diri’ dengan masuk ke laman web bahaya, mod Incognito pada SwiftKey Beta ini pasti membantu. Gboard sudah pun ada fungsi ini, agak bagus lihat SwiftKey sertakan mod ini.

Muat Turun SwiftKey Beta Untuk Cuba Mod Incognito


TIPS & ULASAN