Microsoft Edge Untuk Android Kini Hadir Dengan Fungsi NewsGuard Bagi Menyaring Berita Palsu

Microsoft Edge Untuk Android Kini Hadir Dengan Fungsi NewsGuard Bagi Menyaring Berita Palsu

Diterbitkan pada Jan 22, 2019 oleh .

Penyebaran berita palsu tanpa halangan mungkin antara kesan negatif yang harus dihadapi setiap insan yang mempunyai capaian internet. Platform media sosial adalah medan penyebaran dakyah yang cukup dahsyat sehingga mengakibatkan kematian di India dan pelupusan etnik di Myanmar. Bagi pengguna pelayar Microsoft Edge versi Android dan iOS, kini fungsi NewsGuard diperkenalkan.

Dengan NewsGuard berita palsu dapat disaring dengan memaparkan ikon perisau berwarna hijau pada muka hadapan carian Google misalnya. Jika laman didapati tidak mempunyai sumber yang sahih, ikon perisau berwarna merah akan dipaparkan. Sebelum ini NewsGuard hanya wujud sebagai pemalam untuk pelayar Chrome, Edge, Firefox dan Safari versi desktop. Memandangkan majoriti pengguna kini membaca berita menggunakan telefon pintar, pemalam untuk versi peranti mudah alih amat diperlukan.

Satu kekurangan yang kami sedari mengenai NewsGuard ialah ia lebih tertumpu kepada berita dari laman barat. Laman berita tempatan nampaknya tidak akan disaring oleh pemalam ini.


TIPS & ULASAN