Komputer riba dengan kad grafik NVIDIA GeForce RTX semakin banyak menghampiri pasaran tempatan, dan hari ini, pihak MSI Malaysia telah mengumumkan bahawa mereka akan membawa masuk sejumlah besar model komputer riba gaming dengan kad grafik terbaru daripada NVIDIA tersebut kedalam pasaran tempatan.
Siri komputer riba yang bakal dilancarkan oleh MSI termasuklah siri MSI GS, MSI GE Raider, MSI GT Titan dan juga MSI GL. Kesemua model-model yang bakal hadir pada 29 Januari ini hadir dengan siri CPU Intel Core i7 generasi kelapan, dan juga pilihan kad grafik terbaru daripada NVIDIA, iaitu siri kad grafik NVIDIA GeForce RTX yang hadir dengan teknologi Deep Learning Super Sampling dan juga Ray Tracing.
MSI GL63 Dan MSI GL73
Bagi mereka yang ingin membeli komputer riba terbaru dengan kebolehan RTX dan DLSS, tetapi tidak mahu membelanjakan wang yang terlalu banyak untuk sebuah komputer riba, siri MSI GL63 dan MSI GL73 mungkin sesuai untuk anda.
Model | Spesifikasi | Harga |
GL63 8SE | CPU: Intel Core i5-8300H
Kad Grafik: NVIDIA GeForce RTX 2060 GDDR6 6GB Memori: DDR4 8GB (2666MHz) Storan: 128GB NVMe PCIe SSD +1TB (SATA) 7200rpm Paparan: 15.6″ FHD (1920*1080) |
RM5,399 |
GL63 8SE | CPU: Intel Core i7-8750H
Kad Grafik: NVIDIA GeForce RTX 2060 GDDR6 6GB Memori: DDR4 8GB (2666MHz) Storan: 256GB NVMe PCIe SSD +1TB (SATA) 7200rpm Paparan: 15.6″ FHD (1920*1080) |
RM6,299 |
MSI GS65 Dan MSI GS75
Siri komputer riba MSI GS Stealth merupakan siri komputer riba paling nipis oleh MSI, dan masih hadir dengan spesifikasi yang cukup berkuasa sekali. Siri MSI GS65 dan MSI GS75 terbaru ini hadir dengan pilihan paparan Full HD dan kadar segar semula 144Hz.dan juga komponen CPU Intel generasi kelapan dan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 2060 dan RTX 2070.
Model | Spesifikasi | Harga |
GS65 Stealth 8SE
|
CPU: Intel Core i7-8750H
Kad Grafik: NVIDIA GeForce RTX 2060, GDDR6 6GB Memori: DDR4 8GB*2 (2666MHz) Storan: 512GB NVMe PCIe Gen3x4 SSD Paparan: 15.6″ FHD (1920*1080), IPS-Level 144Hz 7ms |
RM 8,499 |
GS65 Stealth 8SF | CPU: Intel Core i7-8750H
Kad Grafik: NVIDIA GeForce RTX 2070 MAX Q, GDDR6 8GB Memori: DDR4 8GB*2 (2666MHz) Storan: 512GB NVMe PCIe Gen3x4 SSD Paparan: 15.6″ FHD (1920*1080), IPS-Level 144Hz 7ms |
RM10,799 |
GS75 Stealth 8SE | CPU: Intel Core i7-8750H
Kad Grafik: NVIDIA GeForce RTX 2060 ,GDDR6 6GB Memori: DDR4 8GB*2 (2666MHz) Storan: 512GB NVMe PCIe Gen3x4 SSD Paparan: 17.3″ FHD (1920*1080), IPS-Level 144Hz 3ms |
RM9,699 |
GS75 Stealth 8SF | CPU: Intel Core i7-8750H
Kad Grafik: NVIDIA GeForce RTX 2070 MAX Q ,GDDR6 8GB Memori: DDR4 8GB*2 (2666MHz) Storan: 512GB NVMe PCIe Gen3x4 SSD Paparan: 17.3″ FHD (1920*1080), IPS-Level 144Hz 3ms |
RM10,999 |
GS75 Stealth 8SG | CPU: Intel Core i7-8750H
Kad Grafik: NVIDIA GeForce RTX 2080 MAX Q ,GDDR6 8GB Memori: DDR4 16GB*2 (2666MHz) Storan: Super Raid 4-1TB (512GB*2) NVMe PCIe Gen3x4 SSD Paparan: 17.3″ FHD (1920*1080), IPS-Level 144Hz 3ms |
RM14,599 |
MSI GE63 Raider Dan MSI GE75 Raider
Bagi mereka yang mementingkan kedua-dua prestasi komponen dan rekaan pencahayaan RGB yang menarik, siri komputer riba gaming MSI GE Raider mungkin lebih sesuai untuk anda. Selain daripada CPU Intel generasi kelapan dan kad grafik NVIDIA GeForce RTX, ia juga hadir dengan sistem penyejukan Cooler Boost 5 untuk memastikan anda boleh bermain permainan komputer selama berjam-jam tanpa perlu risau mengenai isu thermal-throttling yang sering membelenggu banyak komputer-komputer riba gaming.
Model | Spesifikasi | Harga |
GE63 Raider RGB 8SF | CPU: Intel Core i7-8750H
Kad Grafik: NVIDIA GeForce RTX 2070 ,GDDR6 8GB Memori: DDR4 8GB*2 (2666MHz) Storan: 512GB NVMe PCIe SSD +1TB (SATA) 7200rpm Paparan: 15.6″ FHD (1920*1080), IPS-Level 144Hz 3ms |
RM9,299 |
GE63 Raider RGB 8SG | CPU: Intel Core i7-8750H
Kad Grafik: GeForce RTX 2080 , 8GB GDDR6 Memori: DDR4 8GB*2 (2666MHz) Storan: 512GB NVMe PCIe SSD +1TB (SATA) 7200rpm Paparan: 15.6″ FHD (1920*1080), IPS-Level 144Hz 3ms |
RM11,099 |
GE75 Raider 8SE | CPU: Intel Core i7-8750H
Kad Grafik: NVIDIA GeForce RTX 2060 GDDR6 6GB Memori: DDR4 8GB*2 (2666MHz) Storan: 256GB NVMe PCIe SSD +1TB (SATA) 7200rpm Paparan: 17.3″ FHD (1920*1080), IPS-Level 144Hz 3ms |
RM8,199 |
GE75 Raider 8SF | CPU: Intel Core i7-8750H
Kad Grafik: GeForce RTX 2070 GDDR6 8GB Memori: DDR4 8GB*2 (2666MHz) Storan: 512GB NVMe PCIe SSD +1TB (SATA) 7200rpm Paparan: 17.3″ FHD (1920*1080), IPS-Level 144Hz 3ms |
RM9,599 |
GE75 Raider 8SG | CPU: Intel Core i7-8750H
Kad Grafik: NVIDIA GeForce RTX 2080 8GB GDDR6 Memori: DDR4 8GB*2 (2666MHz) Storan: 512GB NVMe PCIe SSD +1TB (SATA) 7200rpm Paparan: 17.3″ FHD (1920*1080), IPS-Level 144Hz 3ms |
RM11,499 |
MSI GT75 Titan
Siri komputer riba gaming MSI GT Titan merupakan siri paling premium oleh MSI, khusus sekali kerana ia dilengkapi dengan komponen-komponen yang paling berkuasa apabila dibandingkan dengan model-model lain. Ia hadir dengan pilihan untuk CPU Intel Core i9 generasi kelapan. memori DDR4 sebanyak 32GB, kad grafik NVIDIA GeForce RTX 2080 dan juga paparan 17 inci yang mempunyai resolusi 4K.
Model | Spesifikasi | Harga |
GT75 Titan 8SF | CPU: Intel i7-8750H
Kad Grafik: NVIDIA GeForce RTX 2070 GDDR6 8GB Memori: DDR4 16GB*2 (2666MHz) Storan: Super Raid 4-512GB (256GB*2) NVMe PCIe Gen3x4 SSD +1TB (SATA) 7200rpm Paparan: 17.3″ UHD (3840*2160) |
RM16,499 |
GT75 Titan 8SG | CPU: Intel Core i7-8750H
Kad Grafik: NVIDIA GeForce RTX 2080 8GB GDDR6 Memori: DDR4 16GB*2 (2666MHz) Storan: Super Raid 4-1TB (512GB*2) NVMe PCIe Gen3x4 SSD +1TB (SATA) 7200rpm Paparan: 17.3″ UHD (3840*2160) |
RM18,999 |
GT75 Titan 8SG | CPU: Intel i9-8950HK
Kad Grafik: NVIDIA GeForce RTX 2080 8GB GDDR6 Memori: DDR4 32GB*2 (2666MHz) Storan: Super Raid 4-1TB (512GB*2) NVMe PCIe Gen3x4 SSD +1TB (SATA) 7200rpm Paparan: 17.3″ UHD (3840*2160) |
RM23,999 |
Kesemua komputer-komputer riba gaming dari MSI ini akan mula dijual pada 29 Januari tidak lama lagi, dan jika anda ingin menguji kebolehan model-model ini, anda boleh mengujinya di kedai konsep MSI di Bukit Bintang ataupun Plaza Lowyat pada 23 Januari.