Huawei Matebook D – Komputer Riba Untuk Pelajar Produktif

Huawei Matebook D – Komputer Riba Untuk Pelajar Produktif

Diterbitkan pada Feb 19, 2019 oleh .

Komputer riba kini sudah menjadi keperluan bagi setiap individu bekerjaya, tidak kurang juga bagi seorang pelajar. Bagi anda yang sering membawa komputer riba kemana mana, rekaan dan prestasi penggunaan sesebuah komputer riba merupakan ciri yang sangat penting untuk dipertimbangkan sebelum anda membuat keputusan untuk membelinya.

Antara ciri yang sering dipertimbangkan sebelum seseorang itu membuat pembelian komputer riba adalah rekaan yang nipis, ringan, mudah dibawa dan spesifikasi yang baik walaupun ia dijual pada harga mampu milik. Huawei Matebook D merupakan sebuah komputer riba yang mempunyai hampir kesemua ciri ciri ini dan mungkin ini adalah sebab sebab mengapa anda perlu memiliki komputer riba Huawei Matebook D ini.

1)  Rekabentuk Minimalis Yang Memberi Impak Elegan

Komputer riba Huawei Matebook D ini mempunyai rekaan yang sangat minimalis dimana mereka hanya meletakkan logo Huawei sahaja pada kerangka hadapan komputer riba ini. Komputer riba ini juga membawakan rekaan paparan bersaiz 14 inci, mempunyai berat seringan 1.47 kg dan senipis 15.8mm sahaja. Rekaan Huawei Matebook D ini dilihat akan memenuhi kehendak orang ramai kerana rekaan yang nipis dan ringan merupakan antara ciri yang amat dititik beratkan oleh seseorang individu sebelum mereka membuat pembelian untuk sebuah komputer riba.

Permukaan luarannya pula direka dengan kerangka aluminium berwarna silver yang mana kerangka jenis ini dilihat susah untuk meninggalkan kesan cap jari padanya. Manakala pada bahagian dalamnya di bahagian papan kekunci, telah diletakkan satu pembesar suara pada sisi kiri dan kanan papan kekunci, serta butang kuasa yang telah digabungkan dengan pengimbas cap jari pada bahagian atas pembesar suara sebelah kanan.

Komputer riba Huawei Matebook D ini juga menawarkan nisbah rekaan skrin ke badan yang agak luas, iaitu seluas 81%. Paparannya yang luas beresolusi 1920 x 1080p ini juga menggunakan panel IPS Full HD. Dengan nisbah sebesar dan jenis paparan ini, ia memberi peluang kepada anda untuk menikmati paparan yang lebih luas dan mendalam.

2) Spesifikasi Dan Prestasi Yang Cukup Baik Untuk Produktiviti Harian

Spesifikasi komputer riba daripada Huawei ini dilihat sesuai digunakan untuk golongan pelajar dan korporat. Hal ini adalah kerana ia dijana dengan cip Intel Core i5-8250U generasi kelapan yang telah dipadankan dengan memori 8GB RAM LPDDR3 bersama storan dalaman 256GB SSD. Daripada sokongan grafiknya pula, komputer riba ini dilengkapi dengan kad grafik Intel UHD Graphics 620 yang dapat membuat tugasan ringan seperti pembentangan projek, laporan, dan pelbagai jenis kerja kerja yang sering dilakukan oleh golongan korporat dan pelajar.

Daripada segi kelengkapan teknologi audio, Huawei Matebook D ini direka dengan empat pembesar suara yang menggunakan teknologi Dolby Atmos. Dua daripadanya telah diletakkan bersebelahan dengan papan kekunci dan dua lagi pada bahagian permukaan bawah peranti. Jadi, sekiranya anda sering membuat pembentangan projek dalam bentuk video, mungkin Huawei Matebook D ini sesuai untuk anda kerana teknologi audio yang dibina pada komputer riba ini dapat menghasilkan audio yang baik dan mendalam (immersive).

3) Kapasiti Bateri Yang Dapat Bertahan Lama

Kapasiti bateri yang ditawarkan pada komputer riba ini adalah sebesar 5400 mAh yang dikatakan mampu bertahan sehingga 12 jam penggunaan. Ciri ini sekaligus membolehkan anda untuk membuat kerja kerja korporat seperti melayari web, penulisan laporan, pembentangan projek dengan baik dalam masa yang panjang tanpa perlu merisaukan ketahanan baterinya.

Berbeza dengan saiz bateri yang sering kita lihat untuk sebuah komputer riba biasa, Huawei Matebook D ini menyertakan pengecas yang kecil, dinamakan sebagai Huawei Pocket Charger dan mempunyai berat seringan 155g sahaja. Rekaan pengecasnya yang kecil dan ringan ini sangat bagus untuk anda yang sering membawa komputer riba bersama kerana ia memudahkan pergerakkan anda untuk komputer riba ini kemana mana sahaja.

Apa yang lebih menarik adalah Huawei Matebook D ini juga menyokong untuk membuat pengecasan menggunakan pengecas berwayar USB-C 65W yang digunakan oleh telefon pintar Huawei yang biasa. Jadi, sekiranya anda terlupa untuk membawa pengecas Huawei Matebook D bersama anda, anda juga boleh mengecas komputer riba ini menggunakan pengecas telefon pintar Huawei anda dengan mudah.

4) Terdapat Fungsi Menarik Yang Dibina Khas Untuk Peranti Huawei

Selain fungsi utama yang baik pada Huawei Matebook D ini, komputer riba ini juga dilengkapi dengan fungsi yang sukar didapati pada komputer riba yang biasa. Antaranya adalah ciri Huawei Share, dimana komputer riba ini menyokong untuk membuat pemindahan fail secara terus tanpa menggunakan sebarang wayar sambungan daripada telefon pintar kepada komputer riba anda.

Fungsi Huawei Share ini dilihat sangat mudah dan cepat untuk digunakan. Pemindahan fail dapat diproseskan dalam masa satu minit sahaja untuk fail sebesar 1G. Dengan ciri Huawei Share ini juga, anda tidak perlu menggunakan sambungan tambahan seperti pemacu USB (pendrive) untuk membuat pemindahan fail. Anda hanya perlu mengaktifkan fungsi ini pada Huawei Matebook D, dan pilih fail yang ingin dipindahkan melalui telefon pintar kepada komputer riba anda.

Beralih pula kepada rekaan butang kuasa yang terdapat pada bahagian atas pembesar suara sebelah kanan peranti, ia bukanlah butang kuasa yang biasa, tetapi telah direka dengan fungsi pengimbas cap jari bersamanya. Dengan fungsi butang kuasa yang digabungkan dengan pengimbas cap jari ini, ia akan memudahkan anda untuk log masuk ke komputer riba anda tanpa perlu memasukkan kata kunci. Hal ini juga dilihat sangat membantu dalam memberi privasi dan keselamatan yang baik kepada komputer riba anda daripada diceroboh atau digodam oleh individu individu yang tidak bertanggungjawab.

5) Dijual Pada Harga Mampu Milik

Komputer riba ini sudah pun memasuki pasaran Malaysia dengan pilihan warna Mystic Silver. Hanya satu pilihan saiz memori dan storan sahaja yang ditawarkan, iaitu 8GB RAM bersama storan dalaman 256GB SSD. Untuk golongan pelajar, komputer riba daripada Huawei ini sangat sesuai untuk dipadankan dengan telefon pintar terbaru mereka, iaitu Huawei Nova 4. Ini adalah kerana, Huawei Nova 4 merupakan sebuah telefon pintar yang dilancarkan dengan pelbagai fungsi menarik yang berasaskan teknologi AI dan ia dijual pada harga sangat mampu milik bagi seorang pelajar.

Di Malaysia, Huawei Matebook D ini membawakan tanda harga RM2999 di mana pada harga sebegini, ia merupakan sebuah komputer riba yang berbaloi untuk anda miliki kerana komputer riba ini mempunyai prestasi penggunaan yang baik dan ia dijual pada harga yang mampu milik, iaitu dibawah RM3000. Bagi anda yang berminat, komputer riba Huawei Matebook D ini boleh dibeli melalui laman rasmi Huawei Malaysia ataupun pengedar pengedar rasmi mereka di seluruh Malaysia.

Pra-Tempah : Huawei Matebook D 2018 di Laman senQ

Beli: Huawei Matebook D 2018 Melalui Laman Rasmi Huawei

Penafian: Advertorial daripada Huawei Malaysia


TIPS & ULASAN