Selain pemproses, RAM dan storan Samsung turut menghasilkan sensor kamera mereka sendiri di bawah keluarga ISOCELL. Bagi menjayakan telefon pintar dengan rekaan skrin berlubang atau bertakuk, Samsung telah melancarkan sensor kamera ISOCELL ultra-nipis 20-megapixel.
ISOCELL Slim 3T2 adalah sensor 0.8μm pixel yang membawakan saiz 20-megapixel. Saiz keseluruhan sensor ini pula hanya 1/3.4-inci dan ia mensasarkan penggunaan pada telefon pintar kelas pertengahan. ISOCELL Slim 3T2 adalah sensor kamera 20-megapixel terkecil yang pernah dihasilkan ole. Sensor ini turut memberikan imej yang lebih terang, selain menghasilkan warna yang lebih baik dan tepat. Sensor ini turut menggunakan teknologi Samsung Tetracell yang menggabungkan empat pixel kepada satu untuk hasilkan gambar yang lebih terang dan gambar yang kurang cahaya yang lebih baik. Ini adalah sama dengan ISOCELL Bright GM1 dan ISOCELL Bright GD1 yang dilancarkan pada Oktober tahun lepas.
Kemudian, bonjol kamera yang menggunakan sensor ini akan 7% lebih kecil. Fokus Samsung dengan sensor kamera ini adalah untuk memberi ruang skrin yang lebih banyak, jika skrin peranti tersebut adalah berlubang atau bertakuk. Tambahan, sensor kamera ini turut menyokong 10x zoom digital dengan hasil yang lebih jelas dan tepat. Samsung akan mula mengeluarkan sensor ini pada suku pertama tahun ini untuk pasaran.