Cari @ Amanz

Trend pengeluar peranti sekarang adalah hadir dengan telefon pintar yang memfokuskan permua. Ia boleh dikatakan adalah ‘konsol’ permainan mudah alih, sehinggakan pada acara pelancaran Huawei Mate 20X membandingkan peranti mereka dengan Nintendo Switch.

Setiap telefon pintar gaming ini mempunyai mod yang menaik taraf prestasi peranti tersendiri, seperti Huawei/Honor dengan GPU Turbo atau Snapdragon dengan Elite Gaming. Terkini, Samsung dilihat turut akan hadir dengan mod permua tersendiri  yang dikenali sebagai Neuro Game Booster.

Secara asasnya, mod seperti ini menggunakan kecerdasan buatan untuk mempertingkatkan kemampuan pemproses menjalankan permua tetapi mengurangkan penggunaan bateri. Samsung Galaxy Note 9 boleh dikatakan adalah peranti ‘gaming’ pertama Samsung. Dengan pendaftaran tanda dagang Neuro Game Booster ini, adakah Samsung akan hadir dengan peranti benar-benar gaming mereka tersendiri – atau hanya sekadar kemaskini perisian?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd