Unifi Basic – Tiada Kuota Penggunaan Data Internet Sehingga Ke Penghujung Tahun?

Unifi Basic – Tiada Kuota Penggunaan Data Internet Sehingga Ke Penghujung Tahun?

Diterbitkan pada Jan 22, 2019 oleh .

Telekom Malaysia sebelum ini telah memperkenalkan pakej Unifi Basic yang hadir pada harga langganan RM79 sebulan dan menawarkan akses internet pada kelajuan 30Mbps dengan had penggunaan kuota 60GB.

Unifi Basic

Walaubagaimanapun, pengguna diberikan kebebasan penggunaan tanpa had untuk tempoh promosi sehingga ke bulan Februari 2019 ini. Menariknya, menyentuh lanjut mengenainya, pihak khidmat pelanggan Telekom Malaysia mengatakan yang mana Unifi Basic 30Mbps boleh digunakan tanpa had data sehingga ke hujung tahun ini.

Namun, mengulas lanjut mengenainya, pihak TM dipetik mengatakan yang mana buat masa ini, promosi tanpa had ini ditawarkan secara terhad dan mungkin akan diubah pada masa akan datang. Pihak TM masih belum memberikan kata putus bilakah mereka akan mula mengimplementasikan pengenalan kuota sepenuhnya pada pakej Unifi Basic ini.

Sebelum ini, pihak TM turut telah memperlihatkan pakej tambah-nilai untuk menambah kuota data yang bermula RM10, selain turut memperlihatkan yang mana kelajuan akan dihadkan sehingga 512kbps selepas kuota tamat digunakan. Tetapi seperti biasa, kedua-dua hal ini – penambahan kuota dan had kelajuan masih belum diimplementasikan buat masa ini.

Unifi Basic

Adakah kita akan melihat TM mula mengimplementasikan penggunaan had data tidak lama lagi, atau adakah kita akan melihat TM terus mengubah penawaran pakej mereka kepada penawaran data tanpa had sepertimana yang disediakan oleh Maxis?



Paling Popular