Carian
Honor Watch Magic Turut Diumumkan Untuk Pasaran Malaysia – Jam Tangan Pintar Pada Harga RM599
January 23, 2019 Aman

Bersama-sama pengumuman Honor View20 untuk pasaran tempatan, pihak Honor Malaysia turut telah mengumumkan penawaran jam tangan pintar terbaru mereka untuk pasaran tempatan, iaitu Honor Watch Magic.

Honor Watch Magic merupakan sebuah jam tangan pintar yang hadir dengan rekaan premium, dan muka-jam bulat bersaiz 1.2-inci berasaskan panel AMOLED. Ia turut dijana bateri dengan ketahanan sehingga 7 hari, selain menyertakan sokongan GPS dan juga NFC. Honor mengatakan ia mampu bertahan air sehingga 50ATM, dan boleh digunakan bersama peranti Android atau iOS.

Di Malaysia, pengguna akan ditawarkan Honor Watch Magic dalam pilihan warna hitam “Lava Black” pada harga RM599 – yang mana akan ditawarkan melalui laman rasmi Honor Malaysia bermula 26 Januari 2019 ini.

Komen