Honor hari ini telah melancarkan Honor View20 secara rasminya untuk pasaran global, dan mengumumkan peranti berkenaan akan dijual untuk pasaran Malaysia pada harga bermula RM1999. Ketika acara pelancaran berkenaan juga, pihak Honor mengambil peluang mengumumkan kerjasama bersama permainan video terkemuka, Fortnite.
Honor mengumumkan tidak lama lagi Fornite akan ditawarkan dalam bentuk sokongan kadar 60fps untuk pengguna Android. Selari dengannya, Honor View20 dilihat menyokongnya – dan melalui ujian awal ia memperlihatkan sokongan 59fps tanpa sebarang masalah.
Selain daripada itu, pengguna peranti Honor View20 juga akan menerima kostum watak khas, iaitu Honor Guard Fortnite Outfit. Ia ditawarkan secara eksklusif untuk pengguna peranti Honor View20.
Ini bukan kali pertama pihak Fornite mengumumkan kerjasama dan menawarkan kostum khas. Sebelum ini, mereka turut melakukan perkara sama ketika pelancaran Galaxy Note 9 oleh Samsung.