Carian
Twitter Bakal Hadir Dengan Penawaran Mod Gelap “Sebenar” – Berwarna Hitam Dan Bukannya Biru Gelap
January 23, 2019 Aman

Twitter pada hari ini sedia menawarkan “Dark Mode” melalui aplikasi mudah-alih mereka. Walaubagaimanapun, ia sekadar membawakan tema berwarna biru gelap – dan bukannya berwarna hitam yang sedikit menjimatkan penggunaan bateri.

Twitter Night Mode

Bercakap mengenainya, kini CEO Twitter mengatakan kelak mereka akan menawarkan tema gelap yang “sebenar”, sekaligus membolehkan pengguna yang menggunakan peranti dengan skrin OLED untuk berjimat tenaga bateri berbanding hari ini.

Seperti ramai sedia maklum, pada skrin OLED, ia akan mematikan paparan pada pixel berwarna hitam – sekaligus membolehkan pengguna menjimatkan sedikit bateri. Selain daripada itu, penggunaan latar berwarna hitam juga kurang menyakitkan mata pada persekitaran gelap berbanding penggunaan warna putih atau biru gelap pada Twitter hari ini.

Sebelum ini, pelbagai aplikasi telah mula mengimplementasi sokongan tema gelap ini, dan terdapat desas-desus yang turut mengatakan Android Q akan memperkenalkan ciri ini pada peringkat sistem operasi.

Komen