Kemaskini Android Pie Untuk Peranti Nokia Akan Tiba Sebelum Akhir Jun 2019

Kemaskini Android Pie Untuk Peranti Nokia Akan Tiba Sebelum Akhir Jun 2019

Diterbitkan pada Jan 23, 2019 oleh .

HMD Global adalah syarikat yang menghasilkan telefon pintar Nokia. Sejak jenama Nokia ini naik semula ke arena telefon pintar, kebanyakan peranti mereka menjalankan sistem operasi Android One. Sistem operasi Android One adalah program untuk memberi pengalaman penggunaan Android asli kepada peranti bukan daripada Google dan dijanjikan untuk 2 tahun kemaskini sistem operasi dan 3 tahun kemaskini sekuriti.

Terkini, HMD Global berkongsi dengan Android Authority yang mana, kesemua peranti Nokia akan menerima kemaskini Android 9.0 Pie sebelum bulan Jun berakhir. Nokia 5 dan Nokia 3.1 Plus adalah dua peranti Nokia yang akan mula menerima kemaksini Android Pie dan ia dikatakan akan hadir bermula minggu ini. Nokia 6 pula akan tiba satu atau dua minggu selepas kemaskini dua peranti tadi selesai.

Lain-lain peranti Nokia dikatakan turut akan menerima kemaskini ini juga sebelum bulan Jun. Kemudian, setiap kemaskini Android Pie ini turut akan sertakan ciri pengoptimasian audio Dolby Atmos. Mengejutkan Nokia 1 dan Nokia 3 turut disenaraikan untuk menerima kemaksini ini.


TIPS & ULASAN