Cari @ Amanz

Selamat pagi dan kepada pengguna iPhone dan iPad anda kini boleh memuat turun kemas kini sistem operasi ke iOS 12.1.3. Kali ini ia membawakan beberapa tampalan sekuriti dan pepijat yang mungkin ditemui pada iPhone serta iPad milik anda. Saiz muat turun iOS 12.1.3 ialah 333.8 MB.

Antara pepijat yang ditampal ialah pada aplikasi Messages, gambar yang dihantar kelihatan aneh apabila menggunakan Share Sheet dan masalah tambatan CarPlay yang kerap terputus pada iPhone XS Max, XS dan XR.  Pada waktu yang sama pepijat yang mengakibatkan HomePod gagal berfungsi serta Siri yang berhenti mendengar turut dibaiki turut diberikan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd