Cari @ Amanz

Penipuan jual/beli di Internet, menggodam, membuli di sosial media adalah antara jenayah siber yang kerap berlaku. Selain daripada itu, memancing data (phishing) juga adalah antara yang kerap berlaku kepada ramai pengguna.

Bagaimanakah data seseorang pengguna itu dipancing? Ia biasa hadir melalui emel atau pautan yang dikongsikan. Emel dan pautan ini kelihatan hampir sama dengan laman web asal atau pautan yang asal. Tetapi pautan yang memancing data ini pasti akan ada kesalahan ejaan, karakter pelik atau terlampau panjang. Untuk mendidik seseorang jika emel/pautan itu adalah sahih dan bukan untuk memancing data, Google hadir dengan kuiz – Google Jigsaw.

Terdapat lapan soalan dan setiap soalan ini menguji pengguna sama ada emel yang dipaparkan adalah sahih ataupun emel memancing data. Setiap jawapan yang betul dan salah, Google tetap akan beri penjelasan kenapa dan bagaimana untuk mengenalpasti yang mana sahih dan yang mana tidak.

Jika sehingga hari ini anda masih ragu-ragu untuk membuka pautan yang diterima melalui emel, jawab soalan kuiz ini dan kenali apa itu emel memancing data.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd