Banyak gimik telah digunakan untuk menjual peranti seperti kemampuan mengecas peranti lain seperti powerbank dan sistem imbasan 3D. Terkini LG telah memperlihatkan video acah untuk peranti mereka yang akan menyokong sistem kawalan tanpa skrin disentuh. Besar kemungkinan ini akan digunakan pada LG G8 ThinQ yang akan dilancarkan di MWC pada 24 Februari.
Video pendek sepanjang 13 saat di atas hadir dengan slogan “Goodbye Touch” dengan tangan melakukan gerakan gesture. Sistem kawalan peranti berasaskan gesture tanpa sentuhan ini mengingatkan kami kepada sistem Air Gesture yang pernah digunakan oleh Samsung suatu ketika dahulu. Sistem ini menarik tetapi perlahan.
Dengan pengenalan kamera TOF pada beberapa peranti Android tahun lalu seperti Honor View 20, kami merasakan LG G8 ThinQ mungkin menggunakan sistem yang sama kerana ia memberikan kawalan lebih jitu.