Nokia 3.1 Plus Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 25 Januari Dengan Harga RM699
January 23, 2019
Nokia
Effi Saharudin
Oktober tahun lalu Nokia 3.1 Plus telah dilancarkan dan merupakan sebuah peranti kelas permulaan. Bagi peminat peranti Nokia di Malaysia, telefon pintar ini akan akhirnya dilancarkan di Malaysia pada 25 Januari hadapan dengan harga jualan RM699. Ia akan ditawarkan dalam hanya warna biru dengan pelbagai hadiah percuma dalam bentuk kerangka tahan lasak, powerbank dan pelindung skrin.

Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.