Google Maps Kini Membenarkan Pengguna Menetapkan Masa Berlepas Dan Tiba

Google Maps Kini Membenarkan Pengguna Menetapkan Masa Berlepas Dan Tiba

Diterbitkan pada Jan 23, 2019 oleh .

Google Maps adalah aplikasi pemetaan dan navigasi yang sedia terpasang pada banyak peranti. Ia turut mempunyai banyak ciri dan fungsi menarik dan ada pengguna setia tersendiri.

Hari ini, Google Maps dikemaskini dengan kebolehan untuk pengguna menetapkan masa berlepas dan tiba. Dengan fungsi seperti ini, pengguna boleh lihat jangkaan jumlah masa perjalanan. Jika Google Maps sentiasa berhubung kepada Internet dan pengguna menetapkan masa berlepas dan tiba – Google dapat jumlahkan masa perjalanan termasuk masa sangkut dalam kesesakan lalu lintas.

Fungsi ini sebelum ini hanya dihadkan untuk pengangkutan awam, seperti bas atau kereta api dan untuk Google Maps versi Desktop. Selain daripada masa berlepas dan tiba, tarikh juga turut boleh ditetapkan. Ia membantu pengguna yang seringkali sibuk dan kemampuan menjadualkan tarikh dan masa perjalanan ini amat membantu. Sayang sekali, ia tidak mempunyai kebolehan untuk jadikan sebagai peringatan.

Bagi yang berminat boleh muat turun Google Maps versi 10.8.0 (beta) di APK Mirror, atau bagi yang boleh bersabar – nantikan sahaja dalam versi stabil yang akan hadir kelak.

Muat Turun Google Maps v10.8.0 Di APK Mirror


TIPS & ULASAN