Cari @ Amanz

Peramti ChromeBook ialah komputer riba yang digerakkan oleh sistem operasi Chrome OS oleh Google, dan biasanya digunakan didalam beberapa sektor industri seperti pendidikan dan perkhidmatan.

Acer baru-baru ini mengumumkan dua buah peranti ChromeBook, iaitu Acer ChromeBook 512 dan Acer ChromeBook Spin 512 yang mempunyai paparan 12 inci dengan nisbah 3:2 pada resolusi HD+ 1366×912 pixel.

Kedua-dua peranti ChromeBook ini dilengkapi oleh pilihan CPU Intel Pentium Silver N5000Intel Celeron N4000 dan Intel Celeron N4100 untuk prestasi perkomputeran yang memuaskan, disamping membolehkan bateri komputer riba ini bertahan selama 12 jam dengan satu pengecasan penuh.

Kedua-dua peranti Acer ChromeBook 512 dan ChromeBook 512 Spin hadir dengan rekaan yang hampir serupa. Paparan ChromeBook 512 boleh dibuka sehingga 180 darjah, manakala ChromeBook 512 Spin boleh dipusing 360 darjah untuk digunakan sebagai sebuah tablet.

Acer juga berkata bahawa oleh kerana peranti-peranti Chromebook terbaru ini dihasilkan khusus untuk sektor pendidikan, mereka telah memastikan bahawa papan kekunci mereka lebih tahan lasak daripada biasa, dan hadir dengan teknologi parit dan tahan basah yang memastikan apa-apa tumpahan cecair diatas papan kekunci tidak merosakkannya.

Dari segi keselamatan pula, semua fail-fail yang disimpan di dalam ChromeBook ini hanya boleh diakses melalui profil yang betul, dan walaupun pelajar perlu berkongsi peranti ini dengan pelajar lain, ChromeOS memastikan bahawa semua fail-fail kekal selamat dan tidak boleh diakses oleh orang lain.

Menurut Acer, peranti Acer ChromeBook 512 dan Acer ChromeBook 512 Spin ini akan tiba di pasaran pada suku kedua 2019 untuk pasaran Amerika Syarikat dan juga EMEA (Eropah, Timur Tengah dan Asia).

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd