WiFi Porter Memudahkan Proses Penggunaan WiFi Tanpa Memerlukan Kata Laluan

WiFi Porter Memudahkan Proses Penggunaan WiFi Tanpa Memerlukan Kata Laluan

Diterbitkan pada Jan 23, 2019 oleh .

Hampir setiap rumah dan restoran kini mempunyai WiFi. Kerap kali apabila teman datang ke rumah, mereka meminta kata laluan untuk WiFi dan kadang kala kami sendiri terlupa. Perkara yang sama juga boleh berlaku di restoran. Untuk menyelesaikan masalah ini, WiFi Porter telah dihasilkan yang merupakan sebuah hub NFC yang diperbuat daripada kayu.

Jika pengguna ingin mengakses WiFi di sesebuah lokasi, mereka hanya perlu menyentuh telefon mereka ke WiFi Porter. Sambungan kemudian akan dilakukan secara automatik tanpa perlu berkongsi kata laluan atau memasang aplikasi terlebih dahulu. Kekurangan yang ada pada peranti ini ialah telefon pintar dengan sokongan NFC diperlukan. Pada peranti yang tidak mempunyai NFC, mereka perlu mengimbas kod QR pada bahagian belakang WiFi Porter. Di Amerika Syarikat WiFi Porter dijual pada harga $39.95 (~RM 165) sebuah.


TIPS & ULASAN