Cari @ Amanz

Pihak HMD Global telah pun memperkenalkan kemaskini untuk beberapa peranti Nokia sebelum ini, dan hari ini, pihak HMD Global turut berkongsi lanjut mengenai latar masa pengenalan kemaskini Android Pie untuk peranti mereka yang lain.

Nokia Android Pie

Melalui jadual terbaru yang dikeluarkan, mereka menyasarkan untuk memperkenalkan kemaskini Android Pie untuk Nokia 3.1 Plus dan Nokia 5 pada bulan Januari 2019 ini.

Ia diikuti dengan Nokia 6, Nokia 5.1, Nokia 3.1 dan Nokia 2.1 pada suku pertama 2019 kelak. Selain itu, Nokia 3 dan Nokia 1 pula dijangka menerimanya sekitar suku kedua 2019 kelak.

Bagi anda yang menggunakan peranti Nokia berkenaan, mungkin boleh tandakan jadual anda, dan nantikan kemaskini Android Pie untuk peranti anda berkenaan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd