Opera 58 Akan Memberikan Amaran Sebelum Menutup Tetingkap Dengan Multi-Tab Terbuka

Opera 58 Akan Memberikan Amaran Sebelum Menutup Tetingkap Dengan Multi-Tab Terbuka

Diterbitkan pada Jan 23, 2019 oleh .

Menjadi kebiasaan untuk ramai pengguna membuka multi-tab pada sesuatu tetingkap pelayar web – dan menggunakannya dalam melayari web dan mengakses pelbagai kandungan dengan mudah dan pantas. Walaubagaimanapun, salah satu perkara yang mungkin dibenci anda adalah apabila anda tertekan butang tutup sesuatu tetingkap pelayar web – sekaligus menutup semua tab yang anda buka.

Opera 58

Opera melalui Opera 58 terbaru, mereka menawarkan amaran sekiranya anda ingin menutup sesuatu tetingkap dengan multi-tab terbuka padanya. Hal ini sekaligus membolehkan anda mengelak daripada tertutup sesuatu tetingkap pelayar web tanpa sengaja.

Pengguna turut boleh memilih untuk mematikan ciri ini dengan ke halaman Settings > Advanced > User Interface.


TIPS & ULASAN