Kerajaan negeri Kelantan kini telah melancarkan perkhidmatan WiFi percuma di sekitar 10 kawasan tumpuan ramai di sekitar negeri tersebut.
Antara kawasan yang disediakan dengan sokongan WiFi percuma ini di Kelantan adalah termasuk di Medan Ilmu, Pasar Siti Khadijah, Bazar Buluh Kubu, Bulatan Jam Besar, Stadium Sultan Muhammad IV dan juga Dataran Cheng Ho.
Dengan langkah pengenalan WiFi percuma ini, ia sekaligus membolehkan pengguna kekal berhubung ke arena web dan menggunakan pelbagai kelebihan yang ditawarkan melalui arena digital.
Kemudahan WiFi percuma ini turut dikatakan tidak mempunyai sebarang sekatan atau tapisan untuk akses – dan hanya iman serta takwa seseorang individu yang akan mengawal mereka daripadanya.
Kelajuan penawaran akses internet melalui WiFi percuma ini tidak diumumkan buat masa ini.