Cari @ Amanz

Pengguna MacBook Pro Melaporkan Masalah Skrin Terpadam Apabila Penutup Dibuka

Link Copied!

Komputer riba yang dijual pada harga premium dijangka dapat digunakan sehingga hampir sedekad. Oleh sebab itu MacBook Pro menjadi pilihan pengguna yang tidak kisah berbelanja lebih kerana yakin komputer riba keluaran Apple ini boleh digunakan untuk jangka masa yang lama. Menurut laporan MacRumors, pengguna MacBook Pro 2016 dan ke atas kini melaporkan masalah pencahayaan skrin.

Apabila penutup MacBook Pro dibuka, terdapat sesetengah kawasan skrin yang tidak menyala dengan betul memberikan kesan seakan lampu limpah pada bahagian bawah. Skrin kemudian terpadam sepenuhnya apabila penutup dibuka sepenuhnya. Menurut iFixit masalah ini berlaku kerana kabel sambungan boleh lentur yang digunakan tidak bertahan lama yang digunakan. Pada model terdahulu, wayar sambungan yang lebih tebal digunakan dan ia lebih tahan lasak.

Memandangkan kerosakan hanya berlaku selepas beberapa tahun MacBook Pro dibeli, ramai pengguna yang terpaksa mengeluarkan wang sendiri untuk membaiki masalah selepas tempoh jaminan Apple. Kos baik pulih mencecah $600 (~RM 2480) kerana Apple menggantikan seluruh panel skrin dan bukan hanya kabel boleh lentur murah yang digunakan.

Petisyen meminta Apple melakukan baik pulih secara percuma telah menerima lebih 2000 tandatangan setakat ini. Pihak Apple setakat ini masih belum memberikan kenyataan rasmi mengenai masalah yang kin diberi nama Flexgate.


Komen ()