Cari @ Amanz

Ada pepatah mengatakan biar lambat asal selamat. Bagi pemilik Huawei P10 dan Honor 9, kemas kini ke Android Pie dengan pelancar EMUI 9 akhirnya mula diberikan di China terlebih dahulu. Seperti yang kami laporkan pada bulan Disember yang lalu, Huawei mensasarkan kemaskini ini akan diberikan kepada pengguna global pada Mac 2019.

EMUI 9 menawarkan sejumlah perkara baru, termasuk kawalan berasaskan gesture, pengoptimasian penggunaan bateri, kawalan pencahayaan skrin automatik dan GPU Turbo 2.0 untuk permainan video lebih baik. Selain itu ia membawakan tampalan sekuriti untuk bulan Januari 2019. Ini bermakna pemilik P1 dan Honor 9 akan dapat menikmati fungsi terkini Huawei walaupun peranti mereka sudah berusia hampir dua tahun.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd