Twitter Mula Memberikan Antaramuka Baharu Lebih Ringkas Pada Versi Pelayar Web

Twitter Mula Memberikan Antaramuka Baharu Lebih Ringkas Pada Versi Pelayar Web

Diterbitkan pada Jan 24, 2019 oleh .

Sedarkah anda Twitter telah beroperasi selama 12 tahun? Sejak dilancarkan ia telah diberikan beberapa perubahan antaramuka bagi memudahkan proses pencarian berita dan melihat topik paling sohor kini. Pengguna versi web mula menerima antaramuka baharu yang lebih ringkas pada versi pelayar web.

Ia kini hanya mempunyai dua lajur dengan lajur kiri untuk paparan susur masa. Lajur kanan pula senarai topik sohor kini serta akaun yang disarankan diikuti. Kemas kini papan kekunci emoji turut telah dilakukan. Tiada lagi lajur khas untuk maklumat pengguna dan imej besar menghiasi bahagian atas skrin. Paparan antaramuka baharu ini akan diberikan secara berperingkat. Adakah anda telah menerimanya hari ini?


TIPS & ULASAN