Empat model Motorola Moto G7 akan diumumkan secara rasmi pada 7 Februari hadapan di Brazil. Setakat ini hanya imej pengolokan rasmi telah tertiris tetapi pagi ini spesifikasi lengkap untuk Motorola G7, G7 Plus, G7 Power dan G7 Play tertiris awal menerusi laman rasmi Motorola Brazil.
Kita mula dengan Motorola G7 Plus terlebih dahulu dengan skrin 6.24″ IPS FHD+ bertakuk kecil, dijana cip Snapdragon 636, memori sebesar 4GB, storan sebesar 64GB, kamera utama 12+5 MP, kamera swafoto 16+5 MP dan bateri sebesar 3000 mah.
Motorola G7 pula dilengkapi skrin 6.24″ IPS FHD+ bertakuk kecil, dijana cip Snapdragon 632, memori sebesar 4GB, storan sebesar 64GB, kamera utama 12+5 MP, kamera swafoto 8 MP dan bateri sebesar 3000 mah.
Motorola G7 Power dilengkapi skrin 6.2″ IPS HD+ bertakuk, dijana cip Snapdragon 632, memori sebesar 3GB, storan sebesar 32GB, kamera utama 12 MP, kamera swafoto 8 MP dan bateri sebesar 5000 mah.
Akhir sekali ialah Motorola G7 Play yang dilengkapi skrin 5.7″ IPS HD+ bertakuk, dijana cip Snapdragon 632, memori sebesar 2GB, storan sebesar 32GB, kamera utama 13 MP, kamera swafoto 8 MP dan bateri sebesar 3000 mah.
Keempat-empat model menggunakan sistem operasi Android Pie dan mempunyai pengimbas cap jari yang terbina pada logo Motorola di panel belakang. Motorola kini menumpukan perhatian pada pasaran Amerika Selatan. Tidak diketahui sama ada ia akan ditawarkan di Malaysia dalam masa terdekat. Kali terakhir peranti keluarn mereka dilancarkan di Malaysia ialah Motorola Onehanya tiga minggu yang lalu.