Carian
Butiran Siri Huawei P30 Tertiris – Skrin OLED, Kamera Lebih Hebat Dan RAM Sehingga 12GB?
January 24, 2019 Fahim Zahar

Siri Huawei P adalah peranti siri peranti mercu Huawei yang terawal. Kebiasaannya ia akan dilancarkan sebelum generasi siri Huawei Mate baru. Awal bulan kami sudah laporkan mengenai imej pengolokan Huawei P30 dan beberapa maklumat mengenai spesifikasinya. Hari ini, lebih banyak butiran siri Huawei P30 tertiris.

Siri Huawei P30 kali ini, kedua-duanya akan menggunakan skrin OLED. Tidak seperti tahun lepas yang mana P20 Pro sahaja OLED dan P20 adalah LCD. P30 Pro dikatakan akan menggunakan skrin 6.5-inci dan skrin melengkung seakan Huawei Mate 20 Pro dan P30 adalah 6.1-inci dengan rekaan seakan iPhone XR.

Untuk kamera, Huawei P30 dikatakan akan menggunakan kamera yang sama dengan Huawei Mate 20 Pro iaitu gabungan 40mp lensa utama, 20mp lensa sudut lebar dan 8mp lensa telefoto dengan kemampuan zoom optikal. Lampu dwi-led flash turut dikatakan akan hadir pada peranti ini. Untuk Huawei P30 Pro pula, ia dikatakan akan mempunyai empat lensa. Lensa utama dikatakan akan menggunakan sensor 38mp daripada Sony yang masih belum diumumkan. Lensa keempat dikatakan adalah lensa ToF untuk hasil bokeh yang lebih baik.

Mengejutkan, RAM untuk Huawei P30 kali ini adalah sebesar 8GB. Manakala untuk Huawei P30 Pro dikatakan adalah sebesar 12GB RAM. Cip pemprosessan masih lagi sama iaitu cip binaan 7nm Kirin 980 dan sistem operasi dikatakan adalah Android Pie dengan antaramuka EMUI 9.1. Kita mungkin akan lihat pengumuman rasmi siri P30 ini di acara MWC 2019 kelak, sama-sama kita nantikan.

Komen