Imej Pengolokan Rasmi Vivo Apex 2019 Tertiris Awal – Sekali Imbas, Seakan Meizu Zero

Imej Pengolokan Rasmi Vivo Apex 2019 Tertiris Awal – Sekali Imbas, Seakan Meizu Zero

Diterbitkan pada Jan 24, 2019 oleh .

Semalam Meizu Zero telah dilancarkan. Ia adalah telefon pintar pertama yang langsung tidak mempunyai port, butang kuasa, lubang pembesar suara dab butang aras suara. Vivo mungkin akan lancarkan peranti yang lebih kurang sama, melalui Apex 2019. Ini kerana, imej pengolokannya kelihatan hampir sama.

Imej pengolokan ini dikatakan adalah yang rasmi dan telah tersebar di arena web. Sekali imbas ia kelihatan seakan Meizu Zero, tetapi masih tidak pasti. Tiada kamera swafoto kelihatan, jadi tidak pasti jika ia akan menyerupai Vivo Nex atau menggunakan teknologi yang berlainan.

Vivo Apex 2019 dikatakan akan dilancarkan esok. Jadi, sama-sama kita nantikan.


TIPS & ULASAN