Carian
Huawei Mengesahkan Bakal Melancarkan Telefon Pintar 5G Boleh-Lipat Pada MWC 2019
January 24, 2019 Aman

Huawei hari ini telah mengadakan acara pra-perkongsian untuk MWC 2019, dimana mereka berkongsi sejumlah perkembangan menarik syarikat mereka. Pada acara sama, Huawei turut mengesahkan yang mana mereka akan memperkenalkan telefon 5G pertama mereka pada acara MWC 2019 yang dijadualkan penghujung Februari 2019 ini.

Huawei 5G MWC 2019

Huawei mengatakan telefon pintar 5G mereka ini akan dijana cip Kirin 980 dan dilengkapi modem 5G mereka tersendiri, iaitu Balong 5000. Menariknya, telefon 5G berkenaan juga dijangka akan hadir dalam bentuk telefon boleh-lipat – salah satu trend baru yang dijangka popular pada tahun ini.

Balong 5000 turut dipertontonkan untuk mencapai kelajuan sehingga 6.5Gbps – selain dikatakan berkuasa dan menawarkan kelajuan lebih 10 kali ganda berbanding 4G LTE sebelum ini.

Huawei 5G MWC 2019

Info penuh mengenai telefon pintar boleh-lipat daripada Huawei ini masih tidak diketahui lagi. Mengikut beberapa desas-desus sebelum ini, ia dijangka menawarkan skrin sekitar 8-inci yang boleh dilipat dan disimpan dalam poket – sekaligus membolehkan anda menikmati kandungan pada skrin saiz tablet, selain memudahkan ia membawa kemana-mana dan gunakannya seperti telefon pintar.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan MWC 2019 ini untuk mengetahui lanjut mengenai telefon pintar terbaru Huawei ini.

Komen