Cari @ Amanz

Pada penghujung tahun lepas, Jam Tangan Pintar Louis Vuitton Tambour Horizon 2019 diumumkan. Ia adalah kemaskini kepada variasi yang dilancarkan pada tahun 2017. Louis Vuitton Tambour Horizon bukanlah jam tangan pintar Wear OS biasa, kerana ia dijual dengan tanda harga yang sangat premium.

Hari ini, spesifikasi penuh buat jam tangan Wear OS yang premium ini diketahui. Ia dijana dengan Snapdragon 3100, tidak seperti pesaing lain yang masih lagi menggunakan Snapdragon 2100. Skrin pula adalah bentuk bulat 1.2-inci AMOLED, 1GB RAM dan 8GB storan dalaman. Terdapat NFC untuk untuk pembayaran nirtunai Google Pay, perlindungan air 30 meter dan bateri sebesar 300mAh.

Tambahan menarik, sisi jam ini terdapat punat berputar untuk kawalan tambahan. Tidak pasti lagi bila tarikh dan harga jualan akan diumumkan. Tetapi versi dua tahun lepas dijual pada harga $2450 iaitu sekitar RM10,147.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd