Apple Melepaskan 200 Pekerja Daripada Kumpulan Kereta Swapandu Project Titan

Apple Melepaskan 200 Pekerja Daripada Kumpulan Kereta Swapandu Project Titan

Diterbitkan pada Jan 24, 2019 oleh .

Project Titan ialah projek kereta elektrik/swapandu oleh Apple yang dimulakan pada tahun 2015. Semenjak penubuhannya, kumpulan tersebut mempunyai 5000 orang pekerja yang dikatakan sedang membina teknologi swapandu dan kenderaan elektrik yang akan bersaing dengan syarikat-syarikat seperti Tesla dan sebagainya.

Malah, pada penghujung tahun 2018, Apple telah membawa masuk Doug Field yang merupakan seorang naib presiden kejuruteraan di Tesla untuk menyertai Project Titan.

Pada minggu ini, pelbagai laporan telah hadir yang menyatakan bahawa Project Titan telah melepaskan 200 orang pekerja, dan seorang eksekutif dari Apple telah mengesahkan perlepasan tersebut, dan berkata bahawa Project Titan sedang melakukan penstrukturan semula.

Laporan Reuters juga turut mengesahkan bahawa walaupun ada pekerja yang dilepaskan, terdapat juga pekerja yang dipindahkan ke bahagian-bahagian lain Apple seperti pembelajaran mesin dan sebagainya untuk memantapkan lagi teknologi-teknologi Apple yang sedia ada.


TIPS & ULASAN