Laman Carian Bing Kini Disekat Di China

Laman Carian Bing Kini Disekat Di China

Diterbitkan pada Jan 24, 2019 oleh .

Microsoft baru-baru ini telah mengumumkan bahawa laman sesawang carian mereka, Bing telah disekat penggunaannya di China. China ialah sebuah negara yang sangat tegas di dalam penapisan kandungan atas talian.

Bing bukanlah laman sesawang carian yang pertama yang disekat penggunaannya di negara tersebut. Google telah disekat sejak 2010, manakala laman-laman media sosial seperti Twitter, Facebook dan Instagram juga tidak boleh diakses kerana dihalang oleh Great Firewall of China.

Sekatan ini cukup aneh kerana Microsoft sendiri mengatakan bahawa mereka tidak tahu mengapa Bing dihalang penggunaannya disana, kerana Microsoft juga mempunyai beberapa kerjasama lain dengan syarikat-syarikat teknologi di China untuk membawa perkhidmatan seperti Office 365 dan Azure di negara tersebut.

Buat masa ini, pihak Cyberspace Administration of China (CAC) juga masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan yang menjelaskan mengapa Bing disekat di China.


TIPS & ULASAN