Poweramp Untuk Android Kini Menyokong Android Auto Dan Integrasi Google Assistant
Artikel Berkaitan

Poweramp Untuk Android Kini Menyokong Android Auto Dan Integrasi Google Assistant

Diterbitkan pada Jan 24, 2019 oleh .

Pemain muzik terbina untuk Android kebanyakannya tidak menarik untuk digunakan. Antara sebab adalah ia dikira sebagai aplikasi terbina, mempunyai iklan dan atau hanya Google Play Music yang mempunyai kawalan yang terhad. Poweramp adalah pemain muzik alternatif untuk Android yang agak popular.

Terkini, Poweramp untuk Android menerima kemaskini yang menyokong Android Auto dan mempunyai integrasi Google Assistant. Kemaskini ini hadir buat Poweramp v3 binaan 817 dan ia diterbit sejak semalam. Dengan sokongan Android Auto, ia memudahkan pengguna yang gemarkan aplikasi ini untuk menggunakan ketika memandu. Kemudian dengan sokongan Google Assistant, ia memudahkan pengguna untuk memainkan muzik melalui Poweramp dengan arahan suara.

Selain daripada itu, senarai lagu, pilihan senarai, API media untuk Wear OS dan sokongan untuk peranti Samsung yang menjalankan Android Pie turut hadir dalam kemaskini ini. Bagi yang berminat boleh mula muat turun di Google Play Store hari ini.

Muat Turun Poweramp Di Google Play Store


TIPS & ULASAN