Langganan Pakej HotlinkMU Menawarkan 88GB Percuma Untuk YouTube Bersempena Tahun Baru Cina

Langganan Pakej HotlinkMU Menawarkan 88GB Percuma Untuk YouTube Bersempena Tahun Baru Cina

Diterbitkan pada Jan 24, 2019 oleh .

Maxis melalui Hotlink sering menyediakan penawaran yang menarik untuk para pengguna melalui pakej yang dinamakan HotlinkMU. Setiap hari, pakej dan tawaran berbeza disediakan – dioptimasikan berdasarkan kepada penggunaan seseorang pengguna.

Kini, bersempena dengan Tahun Baru Cina, Maxis hadir dengan penawaran menarik, menawarkan data 88GB percuma untuk aplikasi YouTube – dengan sebarang pembelian pakej data HotlinkMU. Penawaran data percuma sebanyak 88GB ini ditawarkan sehingga 20 Februari kelak.

Bagi anda yang sering melanggan pakej data HotlinkMU, kini boleh menikmati data tambahan percuma ini – dan tidak lagi perlu risau untuk penggunaan data ketika menonton YouTube, memandangkan data sebanyak 88GB ditawarkan khusus untuk digunakan bersama aplikasi YouTube ini.


TIPS & ULASAN