Cari @ Amanz

Twitter ialah sebuah laman media sosial yang terkenal untuk pelbagai jenis perbincangan, dan kadang-kala perbincangan tersebut boleh menjadi sangat panjang dan memeningkan, dan mencari pengguna yang memulakan bebenang agak sukar.

Terkini, Twitter nampaknya sedang menguji sebuah ciri dimana pengguna yang memulakan bebenang akan ditanda untuk memudahkan pencarian pengguna tersebut.

Menurut laporan AndroidPolice, nampaknya ciri menanda pemula bebenang ini sedang diuji secara terhad melalui aplikasi Twitter for Android.

Sayangnya, buat masa ini, masih tiada berita bilakah ciri mengubahsuai kicauan akan dilancarkan oleh pihak Twitter.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd