Cari @ Amanz

Perkhidmatan menyewa kenderaan mengikut jam SoCar memulakan operasi di Malaysia sejak Januari 2018. Dengan perkhidmatan ini pelbagai model kereta bukan sahaja boleh disewa tetapi turut hadir dengan kad mengisi minyak untuk perjalanan pengguna. Semalam SoCar mengumumkan perkhidmatan mereka akan mula ditawarkan di Pulau Pinang bermula 1 Februari 2019.

Sebanyak 50 kenderaan ditawarkan di 21 lokasi di Pulau Pinang dan Seberang Perai. Sempena pelancaran di Pulau Pinang, SoCar kini menawarkan sewaan sehala percuma ke Pulau Pinang sehingga 31 Januari ini. Pelanggan hanya menggunakan kod “PENANG” ketika melakukan tempahan.

Selain itu SoCar turut mengumumkan mereka kini menawarkan 1000 kenderaan di Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang di 500 lokasi dengan pilihan 15 model berbeza.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd