Carian
AirPods Bakal Menyokong Fungsi Seruan “Hey Siri” Menerusi iOS 12.2
January 25, 2019 Effi Saharudin

Berapa kerap anda menggunakan pembantu maya menerusi arahan suara? Kami secara peribadi melakukannya berpuluh kali sehari kerana ia amat mudah berbanding menaip pada skrin. Pelbagai peralatan audio kini mempunyai sokongan seruan dengan mengeluarkan arah “Ok Google” atau “Hey Siri”. Apple AirPod walau bagaimanapun tidak mempunyai sokong ini.

Menurut laporan 9to5Mac, ketiadaan sokongan ini dipercayai bakal berakhir dengan kemas kini iOS 12.2 kelak. Pengguna iOS 12.2 Beta menyedari skrin tetapan AirPods baharu yang menunjukkan sistem seruan Hey Siri akhirnya disokong. Ini adalah antara fungsi yang telah lama diminta oleh pengguna AirPods sejak ia dilancarkan. Terdapat spekulasi kemas kini ini hanya akan diberikan serentak dengan pelancaran Apple AirPods 2 kelak.

Komen