Sonos Dilaporkan Sedang Membangunkan Fon Kepala

Sonos Dilaporkan Sedang Membangunkan Fon Kepala

Diterbitkan pada Jan 25, 2019 oleh .

Kepada peminat audio tegar, Sonos ialah jenama yang boleh dipercayai dalam penghasilan sistem audio dari jenis soundbar. Walaupun bersaiz agak kecil, kualiti audio yang dihasilkan adalah amat baik sekali. Kelak kepakaran audio mereka ini akan muncul pula pada fon kepala berjenama sendiri.

Bloomberg hari ini melaporkan Sonos telah memulakan pembangunan fon kepala nirwayar yang akan dijual pada harga sekitar $300 sepasang. Ia akan menyokong pelbagai sistem pembantu maya seperti Google Assistant dan Alexa. Tahun lalu Sonos telah melancarkan speaker pintar mereka sendiri dan turut bekerjasama dengan IKEA. Pembangunan fon kepal nirwayar adalah langkah logikal kerana semakin banyak peranti pintar tidak lagi dilengkapi bicu audio.


TIPS & ULASAN