Nokia 5 (2017) Kini Menerima Kemaskini Android Pie

Nokia 5 (2017) Kini Menerima Kemaskini Android Pie

Diterbitkan pada Jan 25, 2019 oleh .

Selari dengan jadual pengenalan kemaskini Android Pie untuk peranti Nokia yang dikicau beberapa hari lepas oleh Juho Sarvikas, iaitu ketua pegawai produk Nokia – hari ini Nokia 5 (2017) mula menerima kemaskini Android Pie.

Nokia 5 (2017) yang dilancarkan dua tahun lepas dengan Android Nougat yang kini menerima Android Pie, bermakna Nokia tunaikan janji 2 tahun kemaskini sistem operasi. Ini bermakna jika baki 1 tahun lagi adalah hanya kemaksini sekuriti jika Android Q tidak diberikan. Ini adalah satu perjkara yang agak baik dan menarik.

Dalam pada itu, jadual kemaksini yang dikongsikan beberapa hari lepas – tidak menyenaraikan Nokia 2. Ini membuatkan pengguna Nokia 2 berang. Juho Sarvikas turut menjelaskan di Twitter beliau, yang mana peranti 1GB RAM sukar untuk dikemaskini ke Android Pie jika bukan dalam program Android Go. Juho memberi 2 pilihan untuk pengguna Nokia 2, 1) kekal dengan Nougat untuk prestasi lebih baik atau 2) kemaskini ke Oreo untuk ciri/fungsi terkini dengan prestasi yang lebih perlahan.

Anda bagaimana, sudahkan Nokia 5 anda menerima kemaskini Pie? Adakah anda setuju dengan Nokia 2 yang tidak akan menerima kemaskini Android Pie?


TIPS & ULASAN