Tahun lepas, bulan April – Opera hadir dengan Opera Touch. Ia adalah aplikasi pelayar web untuk peranti dengan skrin yang bersaiz besar. Ia memfokuskan penggunaan sebelah tangan, penghalang iklan dan pelombong kriptowang.
Ketika ia dilancarkan, ia hanya hadir untuk Android. Kemudian menyusul ke iOS dan hari ini – versi untuk iPad dilancarkan. Selain daripada itu, mod privasi kini ditambah untuk kesemua versi. Mod privasi ini adalah seperti mod inconigto. Di mana ia tidak akan meninggalkan sebarang kesan untuk dijejak serta memberi privasi tambahan.
Bagi yang berminat, boleh muat turun di Google Play Store dan Apple App Store bermula hari ini.
- Muat Turun Opera Touch Di Google Play Store
- Muat Turun Opera Touch Di Apple App Store