Penyejukan cecair untuk kad grafik bukanlah sesuatu yang baru. Akan tetapi, kebiasaannya pembina akan membeli kad grafik yang menggunakan PCB yang asal dan akan mencabut penyejuk udara dan menggantikannya dengan penyejuk cecair mereka sendiri.
Terkini, nampaknya Colorful telah menunjukkan sebuah kad grafik NVIDIA GeForce RTX 2080 yang hanya hadir dengan PCB dan cip pemprosesan grafik tanpa sebarang kipas penyejuk.
Menurut laporan VideoCardz, kad grafik ini berdasarkan iGame Vulcan Advanced yang dibuang sistem kipas penyejuknya, dan apa yang lebih menarik lagi, ia menggunakan PCB asas seperti Founders’ Edition, dan ini akan memudahkan pengguna untuk mencari blok penyejuk cecair di pasaran.
Buat masa ini, tarikh pelancaran dan harga untuk kad grafik ini masih belum diumumkan lagi.