Cari @ Amanz

Moments adalah aplikasi ‘galeri’ gambar yang mengumpul gambar untuk dikongsi kepada rakan-rakan dengan cara yang lebih privasi daripada Facebook. Konsep Facebook, pengguna tidak perlu lagi terkejar-kejar mencari rakan untuk meminta gambar dari sesuatu acara; seperti kenduri.

Kini, hampir empat tahun sudah berlalu, Facebook bercadang untuk tamatkan sokongan Moments. Keputusan ini dilakukan kerana, aplikasi ini tidak mengambil perhatian ramai dan tidak ramai yang menggunakannya. Ia akan ditamatkan secara rasmi 25 Februari ini, pengguna Moment boleh mengeksport gambar-gambar di dalam Moment melalui laman web khas yang Facebook sediakan. Tetapi, laman web ini hanya aktif sehingga bulan Mei.

Facebook Moments

Facebook merancang untuk gabungkan terus Moment dalam aplikasi Facebook. Ini adalah lebih memudahkan berbanding menggunakan satu aplikasi yang berasingan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd